nuffnang

Monday, 19 August 2013

Memburu Impian


Ada sesetengah orang kadangkala dihantui ketakutan, kerisauan dan kebimbangan yang tidak pasti. Mereka suka merancang sesuatu dan berangan untuk mendapatkan sesuatu, namun apabila memikirkan risiko yang bakal ditempuh, serta merta perancangan terbatal dan impian terpadam. Mereka suka membina mimpi, merancang mimpi menjadi nyata namun yang nyata mereka takut berdepan cabaran.

Ketakutan..

Kerisauan..

Kebimbangan...

"Aku minat berniaga, tapi aku takut rugi"

"Aku ingin berjaya dan berusaha, api aku takut aku gagal dan kecewa"

"Aku ingin berlari, tapi aku takut jatuh dan cedera"

"Aku takut"

"Aku takut"

dan

"Aku takut"

****************************************************

Ada pula sesetengah orang yang degil dengan diri sendiri. Degil dengan pujukan 'ketakutan' dalam diri. Degil dengan 'kebimbangan' yang sentiasa menyediakan 'blok-blok' kukuh dalam pemikiran untuk berfikir secara luar biasa. Orang-orang seperti ini akan mengambil tindakan yang luar kebiasaan dan hasilnya akan melebihi orang-orang biasa.

Ya luar dari biasa.

Yang sederhana adalah biasa. Kaya dan berjaya adalah luar biasa.
Tidak mengambil risiko adalah biasa. Mengambil risiko adalah luar biasa.
Tidak mengambil risiko bermakna tidak melakukan apa-apa. Tidak melakukan apa-apa bermakna tidak berjaya. Mengambil risiko bermakna melakukan sesuatu dan tindakan itu adalah menuju ke kejayaan.

***************************************************

Ayuh, ketepikan ketakutan dan kebimbangan melampau dalam pemikiran.

Mulakan langkah untuk memburu impian yang kita bina.

Wednesday, 24 July 2013

Corat Coret: Pil Kuda dan Keruntuhan Generasi Muda

Kami membesar bersama di sebuah perkampungan yang indah dan permai. Kami bermain dan bergurau bersama. Kami sama-sama dikejar sekumpulan ayam api garang di kampung kami pada saban hari. Kami sama-sama memanjat pagar rumah penduduk kampung kami dan mencuri buah koko tatkala malam menjelma. Dan kami dan beberapa yang lain juga sama-sama dikejar tuan rumah semasa asyik menikmati buah koko dalam pagarnya. Kami sama-sama bertempiaran lari tanpa toleh ke belakang hinggalah sampai ke pasar malam kampung kami. Di pasar malam itulah kami ditanya soalan cepu emas oleh seseorang di belakang kami, "mun ko curi koko aku?" dan bila kami menoleh dan terpandang  tuan rumah, kami sama-sama tercengang tak terkata apabila memikirkan kami telah sampai ke kawasan selamat tanpa pengetahuan tuan rumah.

Masa berlalu dan berlalu. Putaran bumi memang tak terasa hingga membawa kami ke usia dewasa. Kami memilih haluan hidup berbeza.

Penulis tidak mendengar sebarang perkhabaran dan cerita tentangnya sehinggalah mendapat mesej WhatsApp dari adik penulis pada suatu malam....

"Mu kenal dop ****"

"Kenal"

"Tu saeng (kawan) mu tu
Mati dh"

"Taw dop"

"Yo ko
Bilo"

"Sbb overdos pil
X slp aku 2 bln lps
Buih mulut sbb overdose"

Penulis termenung sekejap. Penulis tidak pasti berapa ramai lagi generasi muda kampung kami akan terikut jejak langkah itu dan memilih kematian dengan cara sebegitu. Tapi yang pasti generasi muda kampung kami dan kampung berhampiran yang terjebak dengan ketagihan pil kuda ini semakin membimbangkan.Yang pasti juga, mereka yang terjebak sukar dipulihkan. Pengedar ada di mana-mana sahaja. Mereka tetap mencari pil kuda atau tetap dicari pengedar pil kuda.

Penulis juga hairan. Kenapa masalah ini tidak dibendung dari puncanya? Punca yang nyata adalah pengedaran pil berkenaan. Ada beberapa yang disebut-sebut sebagai pengedar, namun seolah dipandang sepi. Tiada tindakan konkrit. Jawapan klise ialah menyalahkan ibu bapa. Ya ,kita boleh menyalahkan ibu bapa. Tapi adilkah? Kalaulah mereka mempunyai 15 anak.14 berjaya, berkerjaya dan berkeluarga bahagia. Tiba-tiba seorang terjebak dengan penagihan pil. Apakah signifikannya menyalahkan ibu bapa 100 peratus? Sudah tentu tidak. Ini bermakna faktor luaran yang mengundang punca yang lebih kuat.

Hakikatnya, masalah yang berlaku sekarang persis nasi menjadi bubur. Hajat di hati ingin menanak nasi. Lauk pauk sudah tersedia. Terlanjur memasak, nasi bertukar menjadi bubur. Jadi, wajarkah lauk-pauk tadi dibuang oleh kerana nasi tiada?Bagi orang yang tau berfikir, sudah tentu bubur itulah akan diinovasikan bersama lauk-pauk tadi untuk menjadi menu baru bagi mereka.

Jadi masalah sekarang ialah ramai sudah terjebak. Pulihkan penagihan dan sekat pengedaran pil-pil khayal seperti ini. Di sini memang memerlukan kerjasama semua pihak, ibu-bapa, penduduk kampung, pihak berkuasa dan wakil yang dipilih oleh rakyat di kawasan berkenaan. Bertindaklah atau tunggu sahaja keruntuhan generasi muda satu persatu.



Tuesday, 16 July 2013

3 Pandangan...Pandang Sahaja Dapat Pahala


Pertama : Wajah Ibu
Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala.( Balik rumah tengok wajah ibu tau..)

Kedua : Al-Quran
Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita. Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Ada rumah yang di kunjungi di dalam almari,atas meja di penuhi Majalah Magga,URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak langsung. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan di berkati

Ketiga : Memandang Kaabah
Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan,Indonesia suka bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang.
Malangnya saya juga bertemu banyak jamaah haji Malaysia turut sama kununnya di dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat kerana tak perlu bersesak-sesak. Malang sungguh... sedangkan inilah peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah) InsyAllah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.

SUMBER: Terima kasih kepada En.Mior Shaharuddin (IPGM Kampus Pulau Pinang) atas emel yg di'forward'.

Pada Suatu Masa Dalam Bulan Puasa

Masa merangkak ke waktu asar. Tiga budak hingusan itu berkumpul di hadapan rumah kedai milik bapa salah seorang mereka. Mereka meletakkan bunga api dan surat khabar di sebuah bangku. Lalu seorang membuka surat khabar itu seraya menghampar ke atas bangku itu. Kemudian masing2 mengoyakkan pembalut bunga api dan mengeluarkan belerang bunga api itu. Apabila semua bunga api dikeluarkan belerang, masing-masing mengambil ranting kayu berdekatan mereka. Dengan perlahan belerang itu dilenyek-lenyek.

Tiba-tiba.....

"Adusssss!!!Panas!!!!"

Terdengar suara salah seorang terpekik dan menangis kuat. Budak itu terus berlari ke rumah mak ayahnya. Seorang budak lagi terut menangis dan berlari balik sambil memegang kepala. Seorang lagi budak terdiam dek terkejut lalu masuk ke rumah kedai ayahnya. 

*************************************************

 Di bawah 60 saat sebelum kejadian:

Salah seorang budak itu tanpa disedari telah menggunakan ranting kayu yang telah berbara untuk melenyekkan belerang bunga api itu. Lalu bila terkena belerang yang dilenyek, terus api menyambar mana-mana anggota badan berdekatan. Sambaran api itu terkena hujung kepala budak itu dan membakar sedikit hujung rambutnya. Sebab itu budak itu menangis dan memegang kepalanya sambil berlari balik. Sambaran api itu paling banyak mengenai tangan budak yang meraung kepanasan itu. Waktu itu dia asyik melenyek belerang itu. Api itu membakar jari-jari hingga pergelangan tangan kanannya.

*************************************************

Sejam sebelum kejadian:

Tiga orang budak itu berkumpul di tepi sungai di kampung mereka. Salah seorang budak itu memberi cadangan untuk mengisi waktu lapang mereka petang itu sempena ketibaan hari raya.

"Jom kito buat bom (mercun buatan sendiri) nok?" Katanya dalam dialek Besut-Setiu.


*************************************************

Tiga hari selepas kejadian:

Takbir raya berkumandang. Salah seorang budak itu tidak ke masjid seperti kebanyakan budak-budak lain. Dia memegang pergelangan tangan kanannya yang melepuh dan mengembang seperti belon. Raut mukanya penuh kesedihan. 


Sunday, 23 June 2013

Corat coret: Sampai Bilakah Masalah Jerebu Berakhir?

Sudah masuk beberapa hari semenjak jerubu kembali melanda Malaysia. Hari ini masalah ini semakin teruk. Jarak penglihatan semakin dekat. IPU semakin meningkat. Johor paling teruk terkesan hinggakan Muar dan Ledang diisytihar darurat. Pagi tadi bila penulis melihat ke luar rumah, suasana tak ubah seperti baru saje terjadi pembakaran sampah besar besaran. Bau asap tertusup ke hidung. Mata dan hidung rasa kurang selesa.

Semua maklum dari mana punca jerebu. Malah umum juga tau masalah ini bukan kali pertama berlaku. Tapi apakah jalan penyelesaiannya? Adakah pertengahan tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, hidung kita akan menyedut sekali lagi partikel2 halus dari jerebu ini? Adakah mata kita akan terasa pedihnya mengadap debu-debu tercemar ini lagi? Kita tunggu, lihat dan hadap nanti..

Thursday, 20 June 2013

Kisah Seram Seorang Kaki Pancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.
Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.
Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.
Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.
Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya…

Sumber: Internet

Wednesday, 19 June 2013

Corat Coret: Tips Untuk Mengelakkan Malu Akibat Terbuang Angin (kentut)

Pernahkan anda terbuang angin di tempat awam? Adakah anda malu? Dah tentu malu...gila tak malu?Kalau setakat bau saja takpe lagi, ni ditambah lagi dengan bunyi-bunyian..pencemaran udara dan bunyi lagi...
Di sini disertakan tip-tips yang boleh dipraktis untuk mengelakakkan perasaan malu yang besar akibat proses pembuangan angin.

1. Rasa nak terbuang angin semasa menjawab soalan exam: 
Ni kalau boleh elakkan lah..maklumlah time exam suasana tersangatlah sunyi. Bukan setakat nak terbuang angin, nak korek hidung pun silap2 akan terbunyi proses korekan disebabkan suasana sunyi sgt...Tapi kalau tak tahan gak, time nak terbuang tu, pastikan seret kerusi buat seolah-olah sedang membetulkan kerusi. Tapi timing kena betul, sebab takut kerusi dah abis seret, bunyi proses pembuangan angin tak habis lagi..sekali bunyi angin keluar lagi panjang daa...

2. Buang angin dalam lif:
Ni pun patut elak..ada ke tempat macam tu nak melepas..tapi kalau terlepas nak buat macamana kan..bila jadi insiden yang tak dirancang ni, pastikan anda bersedia...caranya ialah bila je anda terlepas angin, pastikan anda cepat2 laungkan azan..orang akan ingat anda nampak makhluk lain sbb ada tanda2 bau mcm bangkai terlepas...

3. Terbuang angin dalam pengangkutan awam:
Tak kiralah dalam bas ke,lrt ke.kereta api ke...jika berlaku insiden tak diingini ni, pastikan anda buat..........






.............................................













...................................................

Alaa....buat2 tak tahu je...buat ade orang nampak pun angin keluar dari sumber manusia mana dalam public transpot tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...