Kami membesar bersama di sebuah perkampungan yang indah dan permai. Kami bermain dan bergurau bersama. Kami sama-sama dikejar sekumpulan ayam api garang di kampung kami pada saban hari. Kami sama-sama memanjat pagar rumah penduduk kampung kami dan mencuri buah koko tatkala malam menjelma. Dan kami dan beberapa yang lain juga sama-sama dikejar tuan rumah semasa asyik menikmati buah koko dalam pagarnya. Kami sama-sama bertempiaran lari tanpa toleh ke belakang hinggalah sampai ke pasar malam kampung kami. Di pasar malam itulah kami ditanya soalan cepu emas oleh seseorang di belakang kami, "mun ko curi koko aku?" dan bila kami menoleh dan terpandang tuan rumah, kami sama-sama tercengang tak terkata apabila memikirkan kami telah sampai ke kawasan selamat tanpa pengetahuan tuan rumah.
Masa berlalu dan berlalu. Putaran bumi memang tak terasa hingga membawa kami ke usia dewasa. Kami memilih haluan hidup berbeza.
Penulis tidak mendengar sebarang perkhabaran dan cerita tentangnya sehinggalah mendapat mesej WhatsApp dari adik penulis pada suatu malam....
"Mu kenal dop ****"
"Kenal"
"Tu saeng (kawan) mu tu
Mati dh"
"Taw dop"
"Yo ko
Bilo"
"Sbb overdos pil
X slp aku 2 bln lps
Buih mulut sbb overdose"
Penulis termenung sekejap. Penulis tidak pasti berapa ramai lagi generasi muda kampung kami akan terikut jejak langkah itu dan memilih kematian dengan cara sebegitu. Tapi yang pasti generasi muda kampung kami dan kampung berhampiran yang terjebak dengan ketagihan pil kuda ini semakin membimbangkan.Yang pasti juga, mereka yang terjebak sukar dipulihkan. Pengedar ada di mana-mana sahaja. Mereka tetap mencari pil kuda atau tetap dicari pengedar pil kuda.
Penulis juga hairan. Kenapa masalah ini tidak dibendung dari puncanya? Punca yang nyata adalah pengedaran pil berkenaan. Ada beberapa yang disebut-sebut sebagai pengedar, namun seolah dipandang sepi. Tiada tindakan konkrit. Jawapan klise ialah menyalahkan ibu bapa. Ya ,kita boleh menyalahkan ibu bapa. Tapi adilkah? Kalaulah mereka mempunyai 15 anak.14 berjaya, berkerjaya dan berkeluarga bahagia. Tiba-tiba seorang terjebak dengan penagihan pil. Apakah signifikannya menyalahkan ibu bapa 100 peratus? Sudah tentu tidak. Ini bermakna faktor luaran yang mengundang punca yang lebih kuat.
Hakikatnya, masalah yang berlaku sekarang persis nasi menjadi bubur. Hajat di hati ingin menanak nasi. Lauk pauk sudah tersedia. Terlanjur memasak, nasi bertukar menjadi bubur. Jadi, wajarkah lauk-pauk tadi dibuang oleh kerana nasi tiada?Bagi orang yang tau berfikir, sudah tentu bubur itulah akan diinovasikan bersama lauk-pauk tadi untuk menjadi menu baru bagi mereka.
Jadi masalah sekarang ialah ramai sudah terjebak. Pulihkan penagihan dan sekat pengedaran pil-pil khayal seperti ini. Di sini memang memerlukan kerjasama semua pihak, ibu-bapa, penduduk kampung, pihak berkuasa dan wakil yang dipilih oleh rakyat di kawasan berkenaan. Bertindaklah atau tunggu sahaja keruntuhan generasi muda satu persatu.
nuffnang
Showing posts with label Corat Coret. Show all posts
Showing posts with label Corat Coret. Show all posts
Wednesday, 24 July 2013
Sunday, 23 June 2013
Corat coret: Sampai Bilakah Masalah Jerebu Berakhir?
Sudah masuk beberapa hari semenjak jerubu kembali melanda Malaysia. Hari ini masalah ini semakin teruk. Jarak penglihatan semakin dekat. IPU semakin meningkat. Johor paling teruk terkesan hinggakan Muar dan Ledang diisytihar darurat. Pagi tadi bila penulis melihat ke luar rumah, suasana tak ubah seperti baru saje terjadi pembakaran sampah besar besaran. Bau asap tertusup ke hidung. Mata dan hidung rasa kurang selesa.
Semua maklum dari mana punca jerebu. Malah umum juga tau masalah ini bukan kali pertama berlaku. Tapi apakah jalan penyelesaiannya? Adakah pertengahan tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, hidung kita akan menyedut sekali lagi partikel2 halus dari jerebu ini? Adakah mata kita akan terasa pedihnya mengadap debu-debu tercemar ini lagi? Kita tunggu, lihat dan hadap nanti..

Wednesday, 19 June 2013
Corat Coret: Tips Untuk Mengelakkan Malu Akibat Terbuang Angin (kentut)
Pernahkan anda terbuang angin di tempat awam? Adakah anda malu? Dah tentu malu...gila tak malu?Kalau setakat bau saja takpe lagi, ni ditambah lagi dengan bunyi-bunyian..pencemaran udara dan bunyi lagi...
Di sini disertakan tip-tips yang boleh dipraktis untuk mengelakakkan perasaan malu yang besar akibat proses pembuangan angin.
1. Rasa nak terbuang angin semasa menjawab soalan exam:
Ni kalau boleh elakkan lah..maklumlah time exam suasana tersangatlah sunyi. Bukan setakat nak terbuang angin, nak korek hidung pun silap2 akan terbunyi proses korekan disebabkan suasana sunyi sgt...Tapi kalau tak tahan gak, time nak terbuang tu, pastikan seret kerusi buat seolah-olah sedang membetulkan kerusi. Tapi timing kena betul, sebab takut kerusi dah abis seret, bunyi proses pembuangan angin tak habis lagi..sekali bunyi angin keluar lagi panjang daa...
2. Buang angin dalam lif:
Ni pun patut elak..ada ke tempat macam tu nak melepas..tapi kalau terlepas nak buat macamana kan..bila jadi insiden yang tak dirancang ni, pastikan anda bersedia...caranya ialah bila je anda terlepas angin, pastikan anda cepat2 laungkan azan..orang akan ingat anda nampak makhluk lain sbb ada tanda2 bau mcm bangkai terlepas...
3. Terbuang angin dalam pengangkutan awam:
Tak kiralah dalam bas ke,lrt ke.kereta api ke...jika berlaku insiden tak diingini ni, pastikan anda buat..........
.............................................
...................................................
Alaa....buat2 tak tahu je...buat ade orang nampak pun angin keluar dari sumber manusia mana dalam public transpot tu.

Thursday, 13 June 2013
Corat Coret: Piala Dunia FIFA 2014
Sebentar tadi penulis mengikuti siaran Masa Tambahan di Astro Arena, rancangan bual bicara tentang bola sepak tempatan dan antarabangsa. Minggu depan akan bermula kejohanan Piala Konfederasi. Bila berlangsungnya kejohanan ini, bermakna Piala Dunia FIFA akan menyusul setahun kemudian.
Dunia pun dah tua benar. Dah makin dekat dengan penghujungnya. Manusia pula kalau terlalai, terasa sekejap je dibawa arus masa. Hanyut dengan arus dunia. Bekalan ke sana entah ke mana, dunia yang dikejar tak pernah cukup.
Penulis pun terasa sama. Awal pagi pergi kerja. Lewat senja baru sampai rumah. Bila sampai je rumah, rasa mengantuk dan letih saling menyerang. Kerja yang dibuat, kalau tersilap langkah dapat dunia je semata-mata.
Moga kita saling berpesan dan memberi peringatan untuk kebaikan bersama.
Corat Coret: Apa Yang Kelihatan?
Perhatikan gambar betul-betul...apa yang anda nampak?
Gambar-gambar tu menunjukkan antara jenis-jenis haiwan yang berkebolehan untuk menyamar.
Ini menunjukkan ada haiwan yg boleh mengadaptasikan persekitaran demi mengaburi mata mangsa dan pemangsa.
Ini menunjukkan ada haiwan yg boleh mengadaptasikan persekitaran demi mengaburi mata mangsa dan pemangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)