Sejak beberapa bulan lepas,sebaik saja musim tengkujuh melabuh tirai, bumi Gambang nan damai ini disimbah cahaya matahari yang terik pada siang hari. Kehangatan seolah mencapai titik maksimum tiga minggu lepas kerana kepanasan yang luar biasa. Dalam tempoh tiga bulan ini, daun pokok tampak layu dan kering. Rumput yg biasanya hijau bertukar kuning. Angin petang yg bertiup tak mampu mendinginkan hangat yang terasa.
Namun bermula minggu lepas, titis-titis air mula tampak keluar dari celah-celah awan. Menyejukkan bumi yang hangat. Andai dapat didengar suara alam, sudah pasti kita dapat merasai kegembiraan penghuni lain selain kita yg tertunggu-tunggu air dari awan ini sekian lama. Ya, penghuni lain selain kita iaitu tumbuhan dan haiwan. Apatah lagi kita, penghuni yg byk menggunakan sumber alam ini.
Menginjak waktu tengahari tadi, hujan turun lagi dengan lebatnya. Dan penulis menikmati kedinginan yang dirindui ini.
No comments:
Post a Comment