nuffnang

Friday, 19 April 2013

Apabila Keterdesakan Bertukar Kehebatan

Apabila berada dalam keadaan terdesak, manusia akan melakukan apa sahaja asalkan boleh keluar dari kesempitan mereka sehingga menghasilkan kehebatan yang luar biasa.

Kes 1 : Seorang lelaki yang ketakutan dikejar anjing mampu melompat pagar setinggi dadanya dengan mudah, walhal secara normal dia gagal melakukannya.


Kes 2: Kisah benar yang berlaku di Jepun awal 1980an. Seorang wanita Jepun berpakaian tradisional Jepun, Kimono telah berlari sejauh 100 meter untuk menyelamatkan anaknya yang jatuh dari bangunan apartmennya. Ujian dilakukan untuk mengkaji bagaimana wanita itu boleh berlari menyelamatkan anaknya. Didapati wanita itu berlari menyelamatkan anaknya dalam masa di bawah 10 saat dalam jarak 100 meter. Ekperimen dilakukan dengan menjatuhkan anak patung dari tingkat bangunan yang sama, dan atlet lari pecut Jepun berlari untuk 'menyelamatkan patung' tersebut dari jarak 100 meter, namun atlet berkenaan gagal berkali-kali.

Kes 3: Dalam permainan bolosepak seringkali berlaku keputusan di luar jangkaan. Peminat bolasepak tentu masih ingat bagaimana Manchester United menewaskan Bayern Munich 2-1 di final Liga Juara-juara Eropah tahun 1999. Dua gol yang dijaringkan oleh United pada masa kecederaan menyebabkan Bayern Munich tergamam dan tersungkur dalam keadaan penuh dramatik.

Antara barisan pemain MU pada final Liga Juara-Juara 1999
Pada kejohanan Liga Juara-Juara 2005, Liverpool berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-3 kepada AC Milan pada separuh masa pertama untuk mengikat kedudukan 3-3 dan seterusnya memenangi penentuan sepakan penalti untuk bergelar juara.

Antara barisan pemain Liverpool yang menjulang piala Liga Juara-Juara Eropah 2005
Sudah tentu seseorang yang terdesak boleh melakukan sesuatu yang menakjubkan jika disertai kekuatan mental dan keinginan yang sangat tinggi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...