nuffnang

Monday, 29 April 2013

Misteri Si Ayam Tua Bahagian Pertama


Seorang penternak ayam sedang memerhatikan ayam-ayam yang diternaknya berebut-rebut mencantuk makanan. Ralik benar dia memerhatikan ayam-ayam ternakannya. Sambil merenung gelagat ayam-ayamnya, si penternak itu mencongak-congak sesuatu dalam fikirannya. Telah banyak ayam ternakannya. Dari 5 ekor, bertambah 5, bertambah lagi 10 sehingga 20 ekor semuanya kini.
"Bertambahlah RM aku nanti," dia berkata sendiri sambil tersenyum lebar.

Dalam banyak-banyak ayamnya ada seekor ayam betina yang sudah tua benar usianya. Bulu-bulunya dah banyak yang gugur. Sayapnya jatuh menggelebir. Matanya hampir-hampir terkatup. Mukanya berkedut benar. Setiap kali berjalan, setiap kali juga ayam tua itu hampir terjatuh dan tersadung dek kekurangan kudratnya. Ayam tua itu tidak mampu lagi bertelur apatah lagi membiakkan si anak ayam baru. Dengan rupanya yang sebegitu rupa, sudah pastu ia tak lagi menarik jelingan manja ayam-ayam jantan di situ.


Namun di sebalik semua itu, si ayam tua itu tetap menjadi pujaan penternak itu. Tetap menjadi sanjungan si penternak. Sungguh, dia terlalu mengagungkan sejarah lampau si ayam tua itu. Baginya si ayam itu menjadi sumber kelestarian keturunan ayam-ayam ternakannya. Baginya juga, ayam tua itu adalah ikon kepada semua ayam-ayam di situ.


Sejauh mana hebat sejarah si ayam tua itu? Bagi sekumpulan ayam muda yang masih segak dan cantik, keagungan yang dicipta oleh ayam tua itu hanyalah retorik semata-mata. Ayam tua itu tidak sehebat yang digambarkan si penternak itu pun. Walaupun ayam tua itu adalah ayam terawal yang diternak oleh penternak itu, baka-baka terbaik yang lahir di kawasan ternakan itu bukanlah dari telur yang keluar dari perut si ayam itu.


Namun kenapa penternak itu masih 'menyimpan' si ayam itu? Bukankah senang kalau disembelihnya awal-awal ayam itu atau dicampakkan sahaja ke kawasan lain? Inilah persoalan yang menjadi misteri di kalangan ayam-ayam di situ. Puas mereka berfikir dan mengagak jawapan kepada soalan mereka namun jawapannya tetap kabur dan menjadi misteri.


Dan kenapa pula sekumpulan ayam muda itu amat tidak senang hati dengan si ayam tua itu? Apakah yang telah dilakukan si ayam tua itu sehingga menyebabkan kumpulan ayam muda itu amat rimas dengannya?


........Selanjutnya di Misteri Si Ayam Tua Bahagian Dua.




Sunday, 28 April 2013

Char Kuey Teow Akmal's Corner

Ingin menikmati kelazatan sebenar Char Kuey Teow?

Pastikan anda singgah ke gerai Akmal's Corner di Koperasi Polis Fasa 2, Gombak.

Rasailah kelazatan Char Kuey Teow yang pasti memikat selera anda.

Harga? Susah tentu berpatutan...








Tuesday, 23 April 2013

Pemanggang Ajaib: Kek Pun Boleh

Inilah Salah Satu Sebab Kenapa Pemanggang Ini Dipanggil Pemanggang Ajaib













Jadi, adakah anda hanya ingin lihat sahaja keajaiban pemanggang ini?

Tempahlah sekarang untuk menikmati keajaibannya!

Pastikan Ori Dari Menang Glassware

Tertarik Dengan Pemanggang Ini? 
Ingin Dapatkan Tawaran Harga Yang Lebih Menarik?
Sila Hubungi Penulis....


Sunday, 21 April 2013

Pemanggang Ajaib Menang Glassware

Dengan pemanggang ajaib keluaran Menang Glassware, aktiviti memanggang kini bukan lagi satu masalah...











Anda teruja? Dapatkan satu pada hari ini juga.....

pssstt....hubungi penulis untuk tawaran harga yang pasti membuatkan anda tergamam!!!
Kawasan Taman Melati / Gombak / Setapak












Saturday, 20 April 2013

Berkunjung ke Taman Tema Bukit Gambang Waterpark: Homestay En. Suhaimi

Jika anda berhasrat berkunjung ke Taman Tema Bukit Gambang Waterpark, jangan lupa bermalam di homestay milik En. Suhaimi Ismail. Berhadapan dengan Taman Tema Bukit Gambang Waterpark, homestay ini dilengkapi dengan kemudahan yang pasti memukau mata dan menggamit keselesaan pengunjung seperti 3 bilik tidur yang menarik, ruang parkir kereta di dalam pagar rumah yang luas (boleh memuatkan 4 buah kereta), aircond, astro, kipas kawalan jauh, alatan memasak dan mesin basuh. Sudah pasti homestay ini menjanjikan mimpi yang indah buat anda sekeluarga sesudah siangnya diulit kedinginan air dan pesona Taman Tema Bukit Gambang Waterpark.

Ruang tamu yang luas dan selesa
Meja makan turut disediakan
Keadaan di dalam homestay yang menarik
Sila hubungi En. Suhaimi di talian 013-3778513/0139818513 untuk tempahan.

Friday, 19 April 2013

Apabila Keterdesakan Bertukar Kehebatan

Apabila berada dalam keadaan terdesak, manusia akan melakukan apa sahaja asalkan boleh keluar dari kesempitan mereka sehingga menghasilkan kehebatan yang luar biasa.

Kes 1 : Seorang lelaki yang ketakutan dikejar anjing mampu melompat pagar setinggi dadanya dengan mudah, walhal secara normal dia gagal melakukannya.


Kes 2: Kisah benar yang berlaku di Jepun awal 1980an. Seorang wanita Jepun berpakaian tradisional Jepun, Kimono telah berlari sejauh 100 meter untuk menyelamatkan anaknya yang jatuh dari bangunan apartmennya. Ujian dilakukan untuk mengkaji bagaimana wanita itu boleh berlari menyelamatkan anaknya. Didapati wanita itu berlari menyelamatkan anaknya dalam masa di bawah 10 saat dalam jarak 100 meter. Ekperimen dilakukan dengan menjatuhkan anak patung dari tingkat bangunan yang sama, dan atlet lari pecut Jepun berlari untuk 'menyelamatkan patung' tersebut dari jarak 100 meter, namun atlet berkenaan gagal berkali-kali.

Kes 3: Dalam permainan bolosepak seringkali berlaku keputusan di luar jangkaan. Peminat bolasepak tentu masih ingat bagaimana Manchester United menewaskan Bayern Munich 2-1 di final Liga Juara-juara Eropah tahun 1999. Dua gol yang dijaringkan oleh United pada masa kecederaan menyebabkan Bayern Munich tergamam dan tersungkur dalam keadaan penuh dramatik.

Antara barisan pemain MU pada final Liga Juara-Juara 1999
Pada kejohanan Liga Juara-Juara 2005, Liverpool berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-3 kepada AC Milan pada separuh masa pertama untuk mengikat kedudukan 3-3 dan seterusnya memenangi penentuan sepakan penalti untuk bergelar juara.

Antara barisan pemain Liverpool yang menjulang piala Liga Juara-Juara Eropah 2005
Sudah tentu seseorang yang terdesak boleh melakukan sesuatu yang menakjubkan jika disertai kekuatan mental dan keinginan yang sangat tinggi.


Wednesday, 10 April 2013

Pengalaman Adakala Bukan Mendewasakan

"Aku ni lebih dulu makan garam dari kau.." 
Ini adalah ayat klise yang pernah kita dengar dalam drama-drama di tv atau dalam hidup seharian. Ya, memang tidak dinafikan mereka yang lebih dulu hidup atau lebih tua akan kaya dengan pengalaman. Pengalaman pastinya sesuatu yang bernilai dan mahal untuk dipelajari.

Namun ada sesetengah orang yang terlalu ego dengan pengalaman mereka. Mereka ini adalah golongan tegar, kebal dan kukuh dari menerima kritikan dan mempelajari perkara baru. Dengan pengalaman yang ada, mereka akan mencurahkan pada orang lain mengikut acuan mereka.

Walau bagaimanapun, tidak semua pengalaman adalah baik untuk diterima dan dipelajari.

Senario 1: Seorang guru 'berpengalaman' mengajar subjek yang sama selama bertahun-tahun dan memberi kaedah pembelajaran yang sama kepada anak-anak muridnya selama bertahun-tahun. Tiada apa yang berubah kecuali murid-muridnya setiap tahun adalah berbeza.

Senario 2: Di suatu syarikat, pertambahan pelanggan setiap tahun menyebabkan unit-unit seliaan syarikat semakin bertambah. Namun, bilangan pegawai tetap tidak berubah. Tetapi, pengurus syarikat yang berpengalaman tetap menggunakan kaedah selian yang sama seperti di awal penubuhan syarikat.

Senario 3: Seorang yang lebih senior dalam kerjanya mencurahkan segala pengalamannya kepada pekerja yang lebih junior. Namun pengetahuannya sendiri tidak pernah bertambah sejak bertahun-tahun dari awal permulaan kariernya.

Analogi 1: Seekor gajah dirantai kaki sejak gajah itu 'kanak-kanak'. Sejak 'kanak-kanak' gajah itu berusaha melepaskan kakinya, namun tidak berjaya. Bila meningkat dewasa, rantai yang mengikat kakinya sudah terlalu kecil berbanding kakinya yang besar. Dengan sekali hentakan, sudah pasti rantai itu terputus. Namun, gajah tersebut tidak berusaha lagi untuk melepaskan dirinya.

Analogi 2: Seekor anak singa jantan telah dijumpai terbiar oleh sekeluarga kambing. Anak kambing kasihan melihat anak singa itu lalu memujuk si ibu kambing untuk memelihara anak singa itu. Lalu dijadikanlah anak kambing itu sebagai anak angkat ibu kambing itu. Anak singa itupun membesar dalam keluarga kambing itu. Apabila dewasa, anak singa itu membesar seperti seekor singa jantan dengan taring yang panjang, berjambang dan berkuku. Namun, si singa itu tidak mengaum tetapi mengembik seperti seekor kambing.



Saturday, 6 April 2013

Sehari di Muzium Negara

Lawatan tak rasmi di Muzium Negara pada 6 April 2013..


Di sisi potret Lembah Bujang
Gambaran Di Sebuah Gua
Kapal Majapahit
Kesultanan Melayu
Penang...suatu ketika
Salah satu aktiviti seharian masyakat Melayu
Basikal yang digunakan tentera Jepun semasa menakluk Tanah Melayu
Gambaran Perjanjian Pangkor


Pesanan penaja: Kunjungilah muzium untuk mengenali sejarah tanah air dengan lebih dekat.




Friday, 5 April 2013

Cinta


Bukan titik menyebabkan tinta
Tapi tinta menyebabkan titik
Bukan cantik menyebabkan cinta
Tapi cinta menyebabkan cantik



Monday, 1 April 2013

Kejayaan dan Kegagalan: Petikan Buku 'Berani Gagal'


Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
Adalah hakku untuk menjadi berbeza
Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan
Tidak kuingin menjadi warga pelihaharaan
Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara
Aku ingin mengambil risiko terhitung
Untuk mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya
 Galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran
Lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran
 Lebih kugemari cabaran hidup daripada elaun pengangguran
Lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin
Keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar
Tidakkan ku perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan
Tidak juga maruah dengan sedekah
 Tidak kan aku ketakutan di hadapan sebarang tuan
 Tidak juga kan kutunduk kepada sebarang ugutan
 Sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh
 Bangga dan tidak gentar
 Berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
 Dan menghadapi dunia dengan penuh berani
 Dan berkata 'Inilah yang kulakukan'
Inilah erti sebenarnya menjadi seorang insan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...