Albert Einstein yang kita kenali sebagai manusia genius hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun.
Albert Einstein |
Isaac Newton, saintis terkenal sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”.
F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja di kedai runcit dan sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom.
F.W Woolworth |
Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh sebab “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”. Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.
Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah.
Michael Jordan |
Thomas Edison, pencipta lampu mentol ketika di sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan melabelkannya sebagai “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”. Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol.
Thomas Edison |
Fred Smith, pengasas Federal Express mendapat gred‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.
Fred Smith |
Col. Harland Sanders, pengasas KFC telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.
Col. Harland Sanders |
King C. Gillette, pengasas Gillete gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya iaitu pisau pencukur Gillitte.
King C. Gillette |
Apa yang menakjubkan tentang mereka ini ialah sikap yang tidak pernah mengalah dan terus berusaha di sebalik kegagalan yang menghimpit mereka. Tiada istilah putus asa dalam pemikiran mereka. Mereka akan terjatuh sekali atau berulang kali, namun setiap kali terjatuh, mereka akan bangkit semula dengan langkah baru.
No comments:
Post a Comment