nuffnang

Saturday, 28 July 2018

Bukit Gambang Lavender Sweet Homestay Semakin Mendapat Perhatian

Sejak memulakan operasi pada awal Julai 2018, Bukit Gambang Lavender Sweet Homestay semakin mendapat perhatian para pengunjung yang ingin ke Gambang, Kuantan. Kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan. Tidakkah anda ingin menjadi salah seorang tetamu kami? Kami mengalu-alukan kedatangan anda.
Sila hubungi Arif Adam di talian 01110500781 untuk tempahan. 😊

Thursday, 26 July 2018

Fatamorgana

Fatamorgana

Antara dingin petang dan renyai hujan
Secangkir kopi hitam menjamah bibir
Hangat mencelah dan menyusup
Celah sejuk dingin diam bertamu
Kaku membungkam
Diam bisu

Hangat sekejap cuma
Hujan belum berhenti
Dingin tak jua pergi

Hidup begitu dan begitu
Fatamorgana menipu mata
Datang dan pergi
Datang ria bahagia jiwa
Pergi ria robek jiwa

Dingin dan hangat
Hidup dan kehidupan..


Wednesday, 25 July 2018

Baharu

Bila kau rasa kau dah buntu,
Bila kau rasa kau dah buat semua,
Bila kau rasa kau dah tak tau nak buat apa lagi,
Bila kau rasa kau tak mampu menyumbang lagi,
Bila kau rasa setiap hari kau sama,
Bila kau rasa kurang teruja,
Bila kau berada di jalan mati,
Bila kau rasa semua itu.....

Ayuh keluar dari situ,
Mulakan perjalanan baru,
Cari destinasi baharu,
Tempuh cabaran baharu...

Hidup juga pilihan.... 

Saturday, 7 July 2018

Percutian ke Gambang Waterpark: Bukit Gambang Lavender Sweet Homestay

Berteraskan konsep penginapan percutian yang menawan, Bukit Gambang Lavender Sweet Homestay menyediakan kemudian penginapan yang pasti memikat hati para pengunjung. Bukit Gambang Lavender Sweet Homestay merupakan rumah teres 1 tingkat yang terdiri daripada 3 bilik tidur dan terletak di lokasi berhampiran dengan Bukit Gambang Waterpark di Gambang, Kuantan, Pahang.












Anda pasti tertarik kemudahan yang disediakan. Sila hubungi Arif Adam di talian 011-10500781 untuk tempahan. Selamat menjadi tetamu Bukit Gambang Lavender Sweet Homestay.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...