nuffnang

Sunday, 9 August 2015

Sepagi di pasar tani kuantan

Pagi ni pegi menjelajah pasar tani kuantan..yang ni adalah pasar tani terbesar di sini..ada setiap ahad..ahad jer..sabtu takde..

Walaupun lame dh keje kt gambang ni,ni la first time aku pegi pasar ni..ntah,xrase nk pegi pun sblm ni..

Memang byk brg..yg susah2 nk cari kt tempat lain,kt sini ade..

Saturday, 1 August 2015

Sambungan pulut durian..

Nah..ini pulut durian yg aku katakan hari tu..
Hari ni baru dapat merasa semula,
Hari tu tak buat pulut,mkn durian jer..
Sedap wooo..


Selamat menjamu mata..:-) 

Saturday, 25 July 2015

Berakhirnya usia dua pohon durian tua

Masa bercuti raya kat kampung dua minggu lepas,aku baru perasan tentang ketiadaan dua pohon durian tua ini. Aku anggap dua pokok ini tua sebab sejak ingatan aku tentang keberadaan di dunia yg fana ini,dua pokok ini dah terpacak kt muka bumi dalam kawasan rumah haji adam & hajah kalthom ini.

Satu pokok durian ni ditanam di belakang rumah,hampir dgn kawasan perkuburan kampung Gong Terap. Satu lagi ditanam sebelah rumah,berdekatan dgn tandas lama kami. Mungkin kerana berada dlm kedudukan geografi yg unik ini,rasa buah durian yg dihasilkan oleh dua pokok ini tdk pernah mengecewakan. Isinya sentiasa kuning,lemak & manis (walaupun kekadang terfikir gak ape yg diserap oleh akar pokok2 ni bila terpacak di kawasan unik ni..takpelah janji sedap..haha..)

Bila aku memandang jauh di belakang rumah,ada suatu kejanggalan pd pandangan mataku. Ye,pokok durian tu dah takde!bila masa dia hilang?tumbang ke atau ditebang..
Aku pandang ke sisi rumah,pokok durian satu lagi pun dh tinggal tunggul..kesan ditebang..

Aku terfikir,begitulah hidup. Yang muda akan tua..yang ada pun tak kekal..Diri aku sendiri pun makin tua..masa berlalu begitu cepat..hingga tak sedar,anak2 buah sendiri pun dh semakin besar.
"Eh,mimie dh tingkatan 2?aku igt darjah 6 lg.."reaksi aku bila bertanya perihal seorang anak buah. Ish..ish..aku tak perihatin ke..atau ditinggalkan arus masa?

Friday, 24 July 2015

Pulut Durian Yang Menambat Selera..

Sejak sebulan yang lepas,bumi Gambang ini disinggahi musim durian. Sungguh aku begitu teruja menikmati saat-saat begini. Cuma kali ini musim durian jatuh pd bulan puasa. Jadi tak dapatlah nak melahap raja buah ni di siang hari. Namun sbg salah seorang penggemar tegar,buah durian tetap kunikmati selepas terawih. Kalau dlm seminggu tak merasa keenakan buah ini,terasa air liur seakan meleleh..Issh..ketagihan jenis apakah ini?

Tadi,lepas solat jumaat,aku terpandang longgokan durian di satu gerai. Nilah peluang pertama nk menikmati buah ni lepas bulan posa ni..Lantas aku ke kedai membeli santan dan sejurus itu terus  singgah ke gerai durian itu. Apa kaitan santan dan durian?

Ini dia....

Alaa aku ingat nk upload pic pulut doyan ni dari file hanpone..rupa2nya gambar2 byk terdelete,
Waaaa..ni la akibat tak wat backup..


NOTA:MULAI ENTRY INI KATA GANTI NAMA 'PENULIS' AKAN DIGANTIKAN OLEH 'AKU'



Tuesday, 31 March 2015

Hujan turun!

Sejak beberapa bulan lepas,sebaik saja musim tengkujuh melabuh tirai, bumi Gambang nan damai ini disimbah cahaya matahari yang terik pada siang hari. Kehangatan seolah mencapai titik maksimum tiga minggu lepas kerana kepanasan yang luar biasa. Dalam tempoh tiga bulan ini, daun pokok tampak layu dan kering. Rumput yg biasanya hijau bertukar kuning. Angin petang yg bertiup tak mampu mendinginkan hangat yang terasa.

Namun bermula minggu lepas, titis-titis air mula tampak keluar dari celah-celah awan. Menyejukkan bumi yang hangat. Andai dapat didengar suara alam, sudah pasti kita dapat merasai kegembiraan penghuni lain selain kita yg tertunggu-tunggu air dari awan ini sekian lama. Ya, penghuni lain selain kita iaitu tumbuhan dan haiwan. Apatah lagi kita, penghuni yg byk menggunakan sumber alam ini.

Menginjak waktu tengahari tadi, hujan turun lagi dengan lebatnya. Dan penulis menikmati kedinginan yang dirindui ini.


Wednesday, 18 March 2015

Mencari mood yang hilang

Pernahkah anda berasa kehilangan mood tanpa sebab yg jelas? Tiba-tiba berasa sungguh bosan dan hilang minat melakukan rutin harian? Ada ketika penulis terasa 'sesuatu yg tidak kena' ini.

Pagi ini teman sepejabat mengajak sarapan. Penulis terbayangkan menu harian sarapan di kafeteria pejabat. Nasi lemak,bihun goreng, mee goreng, kari ayam, cerita tentang hal pelajar2..sungguh membosankan.

Penulis meminta dia ke kafeteria dengan rakan lain dulu. Tapi penulis pergi ke tempat makan lain di pejabat. Menikmati roti canai dan secawan teh panas yg menyelerakan.

Dan perlahan-lahan mood penulis kembali ok.

Moral of the story, mulakan hari anda dengan perkara yang anda minat.

Tuesday, 10 March 2015

Novel Oh Novel

Tatkala jari jemari menyentuh papan kekunci laptop hampir setahun lepas, penulis berazam untuk menyiapkan novel pd akhir tahun lepas. Masa berlalu dan berlalu. Hari ini manuskrip novel pertama masih lg terperuk dalam file laptop menunggu masa demi masa utk disiapkan.

Rupa-rupanya bukan mudah nak menghasilkan sebuah novel. Nak mencari idea satu hal. Nak mencuri masa satu hal. 

Tapi dek kerana dah memulakan, penulis kena habiskan. Alang-alang menyeluk pekasam biar ke pangkal lengan sampainya.

Sireh Pulang ke Gagang

Assalamualaikum n salam sejahtera semua..
Rasenya dh setahun tak update blog ni. Dah banyak cerita yang berlaku dalam setahun ni.

Penulis dah kembali ke tempat di mana karier penulis bermula iaitu di bumi Gambang, Kuantan nan damai. Bertugas sebagai pensyarah Kimia di Kolej Matrikulasi Pahang sejak Julai 2014.

Memang rasa kelainan untuk membiasakan diri semula selepas dua tahun membuat kerja pengurusan di Putrajaya. Namun berpegang pada pepatah, "Sekali guru,selamanya guru" penulis akan tetap menjalankan tanggungjawab yg diberi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...